SELAMAT DATANG KE BLOG SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA NURUL ITTIFAQ

Aluan Pengetua

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah,segala puji bagi Allah kerana dengan limpah kurnia dan izinNya , blog rasmi sekolah dapat dibangunkan dengan jayanya.Sekalung budi saya curahkan kepada ahli blogger sekolah yang telah bertungkus lumus menguruskan blog ini.

Blog ini ialah seimograf atau perakam peristiwa yang terjadi sepanjang sesi persekolahan. Blog ini memaparkan pelbagai maklumat tentang sekolah ini. Blog ini juga akan menyiarkan berita-berita dan peristiwa yang telah berlaku di sekolah ini untuk menjadi tatapan para pengunjung terutamanya warga sekolah ini.

Berita-berita yang dipaparkan merupakan sumbangan daripada para guru dan pelajar yang menceritakan tentang aktiviti yang mereka lakukan. Maklumat yang terkandung dalam blog ini akan menjadi sumber rujukan kepada sesiapa sahaja yang mengunjungi halaman blog ini.

Saya memohon supaya para guru dan pelajar agar terus memberi sumbangan untuk dimuatkan dalam blog ini. Semoga blog ini akan memberikan natijah yang bermanfaat kepada semua pembaca terutamanya warga SMKANI.


Sekian, TAHNIAH DAN SELAMAT MAJU JAYA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan