FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmoni dari segi intelek ,rohani, emosi dan jasmani usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab.dan berkeupayaan mencapai kesejahterraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
Pendidikan Islam ialah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran, dan penghayatan Islam.berdasarkan al-Quran dan As-Sunnah bagi membentuk sikap , kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri masyarakat ,alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.
FALSAFAH SMKA
Usaha yang terancang, terkawal dan berterusan berasaskan panduan ilmu, iman dan amal dan amal soleh serta budaya islam dan suasana pembelajaran yang seimbang ke arah melahirkan pelajar yang berilmu pengetahuan, seimbang, cemerlang, berakhlak mulia , bertakwa dan bertanggungjawab untuk mengamalkan cara hidup Islam serta mampu memberi sumbangan yang bermanfaat kepada diri, agama, ummah, dan negara
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
VISI- pendidikan berkualiti insan terdidik negara sejahtera
MISI- melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara
MATLAMAT-
a)melahirkan bangsa malaysia yang taat setia dan bersatu padu
b)melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu pengetahuan, berketerampilan dan sejahtera
c)menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan dan kemajuan negara
d)memberikan peluang -peluang pendidikan kepada semua warganegara malaysia
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU(JPNT)
VISI- pendidikan berkualiti insan terdidik masyarakat sejahtera
MISI- melestarikan pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara
MATLAMAT- melahirkan individu yang mempunyai kekuatan lestari melalui pengurusan pendidikan berkualiti
OBJEKTIF -
i)meningkatkan kualiti pengurusan pentadbiran institusi pendidikan
ii)mempertingkatkan prasarana pendidikan
ii)mempertingkatkan prestasi kecemerlangan murid dalam pelbagai aspek pendidikan
iv)mempertingkatkan tahap profesionalisme mengurus pendidikan
v)mempertingkatkan permuafakatan pendidikan
VISI SMKA NURUL ITTIFAQ
Pendidikan berkualiti insan terdidik negara sejahtera
MISI SMKA NURUL ITTIFAQ
Melestarikan pendidikan berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara
OBJEKTIF SMKA NURUL ITTIFAQ
- Mencapai kecemerlangan kurikulum dan kokurikulum
- Melahirkan pelajar yang berakhlak mulia
- Membentuk generasi pelajar sebagai pemimpin yang boleh diteladani
- Melahirkan pelajar yang mempunyai ketahanan diri dalam menghadapi cabaran budaya yang bercanggah dengan nilai-nilai islam
- Menyediakan pelajar yang dapat memberi sumbangan yang berkesan bagi memenuhi keperluan negara dan ummah
KEISTIMEWAAN SMKA NURUL ITTIFAQ
- Berusaha mengamalkan budaya Islam
- Memperbanyakkan peluang melanjutkan pelajaran
- Menguasai Bahasa Arab, Jawi dan Kemahiran Al-Quran
- Mempertingkatkan potensi menjadi tenaga pakar yang faham Islam
- Melahirkan pendakwah yang berhikmah dan bertanggung jawab
MOTO SMKANI
Sepakat tuju cemerlang.
Sepakat tuju cemerlang.
SLOGAN SMKANI
Cemerlang, Gemilang dan Terbilang ]
KEBITARAAN SMKANI
- Bahasa Melayu
- Sahiba
- Bola Keranjang
PIAGAM PELANGGAN SMKA NURUL ITTIFAQ
Kami bersedia memberi khidmat yang mesra, adil dan saksama kepada semua pelanggan kami sebagaimana berikut;
- menangani dan menyelesaikan permasalahan sekolah dengan cepat dan cekap
- memastikan pelajar dapat mengikuti proses pembelajaran dan pendidikan dengan selesa, berkesan dan berterusan
- merancang dan melaksanakan aktiviti dan program berpaksikan paradigma Tauhid
- mengutamakan dan memperkembangkan potensi pelajar dari aspek intelek, rohani dan jasmani
- meningkatkan permuafakatan dan penglibatan masyarakat dengan sekolah sepanjang masa dan menghayati perkhidmatan penyayang
- bersedia menerima pandangan dan teguran pelanggan yang membina dan menepati Falsafah Pendidikan Negara
Tiada ulasan:
Catat Ulasan