PENGENALAN
Perkhidmatan
Unit Bimbingan dan Kaunseling adalah proses pendidikan yang terancang dan
berterusan. Murid dididik atau dibimbing untuk mendapat dan mempelajari
pengalaman, nilai, sikap, perlakuan dan kemahiran yang sesuai dengan kehendak
masyarakat majmuk di Malaysia. Perkhidmatan Unit Bimbingan dan Kaunseling
adalah untuk semua murid. Semua murid diberi peluang bagi mendapat pertolongan
tanpa mengira latar belakang, kaum, agama atau kepercayaan.
Unit
Bimbingan dan Kaunseling memainkan peranan yang cukup besar dan berfaedah di
sekolah. Perkhidmatan Unit Bimbingan dan Kaunseling berorientasikan masa
sekarang dan masa depan. Usaha-usaha Unit Bimbingan dan Kaunseling ialah untuk
menjadikan murid itu lebih tegas diri, pandai menyesuaikan diri dan memahami
implikasi tindakan-tindakannya sekurang-kurangnya dalam jangka masa panjang.
Justeru,
dengan pembinaan blog Unit Bimbingan dan Kaunseling ini, bidang perkhidmatannya
diperluaskan. Hal ini menjadi satu inisiatif untuk mempergiat perkhidmatan ini
sejajar dengan peredaran zaman yang bertunjangkan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi atau ICT sekarang ini. Jadi, ianya tidak terhad di sekolah sahaja,
tetapi di mana-mana sahaja.
RASIONAL
Pembinaan
blog Unit Bimbingan dan Kaunseling ialah satu proses pembangunan insan yang
sistematik dan menyeluruh merangkumi unsur jasmani, emosi, rohani dan intelek
serta melibatkan sosialisme individu dengan persekitarannya melalui media
internet.
Pembinaan
blog ini adalah satu medium penyebaran maklumat dengan skop yang lebih luas.
Ianya selaras dengan wawasan pihak pengurusan dan pentadbiran sekolah untuk
menjadikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) sebagai pemangkin kemajuan
sekolah secara holistik. Pembinaan blog dapat mewujudkan interaksi sosial yang
bersepadu di kalangan warga sekolah dan komuniti.
JUSTIFIKASI
1 Melalui
pembinaan blog ini, objektif untuk memberi khidmat penyuburan dan pengayaan
meliputi semua aspek perkembangan diri murid dengan menyediakan peluang,
kemudahan dan pengalaman yang selaras dengan kemampuan dan potensi murid dapat
dicapai dengan jayanya.
2 Penggunaan
blog perlu diperluaskan untuk memberikan perkhidmatan ke arah membangun dan
memajukan sekolah dari segi akademik, sahsiah dan kokurikulum bukan sahaja di
sekolah, malahan di mana-mana dan pada bila-bila masa.
3 Guru
Unit Bimbingan dan Kaunseling dapat berhubung dengan pelajar dalam menyediakan
perkhidmatan dari segi akademik, psikososial dan kesejahteraan mental, kerjaya,
keibubapaan dan pembangunan murid kepada semua murid.
4 Maklumat
terkini kegiatan Unit Bimbingan dan Kaunseling dapat diketahui oleh pelajar di
mana-mana sahaja lantaran dengan kesibukan di sekolah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan