SELAMAT DATANG KE BLOG SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA NURUL ITTIFAQ

Ahad, 28 Ogos 2016

Sambutan Bulan Kemerdekaan

Sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah Anjuran Bidang Kemanusiaan disambut meriah di dataran pengumpulan sekolah dengan penuh semangat merdeka dan sayang akan tanah air. Proud to be Malaysian









Jumaat, 26 Ogos 2016

Tahniah dan syabas

Tahniah dan syabas warga sekolah ucapkan untuk adik Raja Amira Ayuni kerana berjaya mewakili negeri Terengganu dalam pertandingan Sahibba peringkat Kebangsaan di DBL, Kuala Lumpur yang diadakan pada 23-25 Ogos 2016..walaupun tidak berjaya mendapat tempat, namun pengalaman itu menjadi pemangkin untuk setiap pelajar menjadi lebih matang dan hebat disetiap perkara yang dilakukan.


Pertandingan mencipta bahan kitar semula

Pertandingan mencipta bahan kitar semula anjuran panitia Geografi sempena minggu kemerdekaan peringkat sekolah anjuran bidang kemanusiaan






Dalam Ingatan


Saat manis Cg Azimah Ismail bersama warga sekolah sebelum berpindah ke sekolah baharu. Semoga jasa cikgu di Smkani terpahat hingga hujung nyawa. 

Kalau ada sumur diladang,
Boleh kita menumpang mandi, 
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi




Khamis, 11 Ogos 2016

Jasamu Dikenang


      Semoga Allah permudahkan semua urusan Cikgu Mohd Ikhwan dan terima kasih diucapkan untuk segalanya selama berada di SMKANI walaupun sementara. Cg Mohd Ikhwan juga merupakan bekas pelajar di SMKANI suatu ketika dahulu dan akan melaporkan diri ke Kuala Lumpur pada hari Isnin. Semoga maju jaya diucapkan dan selamat bertugas.